Pages

Thursday, June 9, 2011

Warga Nigeria maut ketika lari dari polis

KUALA LUMPUR – Lima lelaki warga Nigeria ditahan termasuk seorang maut apabila cuba melarikan diri dari serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di kawasan pangsapuri tiga tingkat di Taman Sri Kuching di sini.

Turut dirampas pada serbuan tersebut adalah 1.02 kilogram dadah jenis syabu dan 4.36kg dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM309,960.

Timbalan Pengarah I (Operasi) jabatan itu, Datuk Othman Harun dalam satu kenyataan berkata, kelima-lima mereka yang berumur antara 22 dan 28 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9 malam tadi.

Menurut Othman, pada mulanya tiga daripada mereka ditahan di hadapan pangsapuri tersebut dan polis menemui serangkai anak kunci salah satu unit rumah di pangsapuri tersebut selepas pemeriksaan dilakukan ke atas seorang daripadanya.

"Pemeriksaan dalam bilik rumah tersebut, polis berjaya merampas 10 bungkusan plastik berisi dadah syabu serta dadah jenis heroin,” katanya.

Selepas itu, katanya seorang lagi lelaki dalam keadaan mencurigakan dilihat di kawasan tersebut sebelum polis bertindak mengejarnya, namun lelaki itu melarikan diri dan rebah di hadapan sebuah restoran.

"Lelaki yang rebah itu ditahan dan dibawa ke apartmen dan semasa dalam rumah, beliau telah mengalami kesukaran bernafas dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya. – Bernama

Kosmo! Online - Terkini

No comments:

Post a Comment