Pages

Saturday, June 4, 2011

Tentera Syria didakwa tembak penunjuk perasaan

NICOSIA: Tentera Syria dilapor melepaskan tembakan ke arah kira-kira 50,000 penunjuk perasaan di bandar Hama, menyebabkan beberapa orang terbunuh.

Tunjuk perasaan itu adalah yang terbesar pernah diadakan untuk memaksa perletakan jawatan Presiden Bashar al-Assad sejak kebangkitan rakyat bermula pertengahan Mac lalu, kata jurucakap kumpulan hak asasi manusia Syria di London. Hama ialah bandar di tengah Syria yang menyaksikan pembunuhan 20,000 orang apabila anggota Ikhwanul Muslimin negara itu bangkit menentang bapa Bashar, Hafez al-Assad.


Dalam versi berbeza mengenai perkembangan di Hama, agensi berita rasmi Syria, Sana, melaporkan, beratus-ratus orang berhimpun selepas solat Jumaat sambil melaungkan slogan menyokong Bashar.

Menurutnya, anggota tentera dan polis tidak dikerah ke kawasan berkenaan. - AFP

myMetro | Tentera Syria didakwa tembak penunjuk perasaan

No comments:

Post a Comment