Pages

Sunday, June 19, 2011

Sukar tidur jejas pasangan

Kajian dapati suami isteri payah lelap mata tunjuk kesan negatif

MINNEAPOLIS: Apabila pasangan bergaduh, tidur mereka sering terjejas dan satu kajian terbaru membuktikan bahawa andaian itu adalah benar. Tidak kurang benarnya ialah sesiapa juga yang berpasangan dan tidak mendapat tidur yang cukup akan menjejaskan hubungan.

Kajian yang dibentangkan dalam persidangan SLEEP 2011 di Minneapolis mendapati, isteri yang berdepan dengan masalah untuk tidur sering kali melaporkan interaksi negatif dengan pasangan mereka pada hari berikutnya.
Suami juga terjejas, menjadikan interaksi pasangan terbabit kurang positif pada waktu siang selepas isteri mereka resah dan bergerak ke kiri dan kanan di ranjang kerana masalah tidur.

“Saya tidak fikir ia amat mengejutkan; saya rasa kita melihatnya sendiri,” kata Lauren Hale, pakar tidur dan profesor madya perubatan kawalan di Stony Brook School of Medicine di Stony Brook, New York.

Hale membuat kajian itu bagi WebMD, tetapi tidak terbabit dalam penyelidikan berkenaan. “Kebanyakan kita menyedari mengenai sebaliknya. Jika anda betul-betul tidak cukup rehat, anda akan menjejaskan orang lain.”

Keputusan lain mendapati bahawa pasangan itu mungkin mengenali: Pada hari di mana suami melaporkan lebih banyak interaksi positif dengan isteri mereka, suami mendapat kurang tidur.
“Masa tidur yang pendek sendiri tidak semestinya bermakna bahawa anda tidak cukup tidur,” kata penyelidik kajian, Wendy Troxel, pembantu profesor psikiatri di University of Pittsburgh.

“Pasangan mempunyai interaksi lebih positif ketika waktu siang mungkin akan terbabit aktiviti lain di atas katil pada waktu malam,” katanya.

Bagi kajian itu, penyelidik mendapatkan 35 pasangan berkahwin sihat dan meminta mereka memakai alat memantau pergerakan selama 10 malam. – Agensi
Berita Harian Online | Sukar tidur jejas pasangan

No comments:

Post a Comment