Pages

Friday, June 24, 2011

Semakin ramai ragui Obama

WASHINGTON: Kekecewaan yang semakin meningkat terhadap cara Barack Obama menangani kegawatan ekonomi Amerika Syarikat dijangka memberi kesan besar kepada kempen pemilihan presiden negara itu tahun depan.

Menurut kaji selidik Bloomberg National Poll, hampir 70 peratus warga AS semakin tidak berpuas hati dengan Obama.


Mereka juga tidak pasti sama ada mengundinya dalam pemilihan presiden tahun depan.

Kaji selidik itu juga menunjukkan hanya 30 peratus responden yakin untuk menyokong Obama, manakala 36 peratus lagi pasti tidak mengundinya sekali lagi.


Sementara itu, 60 peratus responden berpendapat AS bergerak melalui jalan yang salah di bawah Obama. Di kalangan pengundi bebas, 36 peratus akan mencari calon lain untuk dipilih. - PT

myMetro | Semakin ramai ragui Obama

No comments:

Post a Comment