Pages

Tuesday, June 21, 2011

Sayap pesawat gergasi terputus




HUJUNG sayap kanan sebuah pesawat Airbus A380 terputus selepas ia bergesel dengan sebuah bangunan di Lapangan Terbang Le Bourget dekat Paris kelmarin.


PARIS - Hujung sayap pesawat penumpang terbesar di dunia, Airbus A380 terputus selepas ia melanggar sebuah bangunan pada Pertunjukan Udara Paris di sini kelmarin.
Insiden tersebut berlaku dua bulan selepas sebuah pesawat A380 tidak dibenarkan berlepas selepas ia merempuh sebuah jet persendirian di Lapangan Terbang John F Kennedy, Amerika Syarikat.
Jurucakap Pertunjukan Udara Paris, Alexander Reinhardt semalam berkata, pesawat berkenaan dijadual melakukan beberapa demonstrasi penerbangan tetapi ia dibatalkan ekoran insiden terbabit.
Kemalangan terkini semasa Pertunjukan Udara Paris itu menyebabkan syarikat pembuat Airbus yang merupakan pembuat pesawat utama di dunia, berasa malu besar. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

No comments:

Post a Comment