Pages

Wednesday, June 8, 2011

Redah api cari datuk, nenek

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran empat rumah panjang di Kampung Sungai Kertas yang hangus dijilat api dipercayai berpunca daripada litar pintas. Foto: Syanty Octavia Amry (07/06/2011)

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran empat rumah panjang di Kampung Sungai Kertas yang hangus dijilat api dipercayai berpunca daripada litar pintas. Foto: Syanty Octavia Amry (07/06/2011)

SELAYANG: “Saya terkejut sebaik mendengar letupan kuat. Kerana ketakutan saya berlari keluar dari bilik mendapatkan abang yang tidur di ruang tamu,” kata Mazlin Natasha Mohd Nasir, 9, menceritakan kebakaran di rumahnya di Kampung Sungai Kertas, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, empat rumah panjang hangus dijilat api yang dipercayai berpunca daripada litar pintas.


Menurut Mazlin Natasha, dia dan abangnya bergegas keluar dari rumah kerana api marak cepat.

“Sebaik keluar, saya dapati tiga lagi rumah jiran dijilat api. Ketika itu, baru saya dan abang teringatkan datuk dan nenek yang berehat dalam rumah.


“Kami berdua bergegas mencari datuk dan nenek kerana bimbang kejadian buruk menimpa mereka....maklumlah mereka sudah uzur. Kami bersyukur apabila menemui mereka berkumpul dengan orang ramai berhampiran kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Zakaria Aini ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12 tengah hari dan tiba 10 minit kemudian.


“Seramai 21 anggota dengan tiga jentera yang dikejarkan ke lokasi kejadian memerlukan 10 minit untuk memadamkan kebakaran.

“Punca kejadian masih dalam siasatan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggaran kerugian dilapor mencecah RM180,000,” katanya.

myMetro | Redah api cari datuk, nenek

No comments:

Post a Comment