Pages

Wednesday, June 8, 2011

Presiden Yaman cedera parah

WASHINGTON 8 Jun – Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh dilaporkan mengalami kecederaan lebih serius berbanding laporan sebelum ini, selepas Istana Presiden diserang pemberontak pada 3 Jun lalu.

Saleh yang menerima rawatan di Arab Saudi pada awalnya dilaporkan hanya cedera ringan dan menurut Naib Presiden Yemen, beliau akan kembali ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi.

Seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) yang enggan dikenali bagaimanapun berkata, Saleh sebenarnya cedera parah dengan lebih 40 peratus badannya terbakar. – REUTERS

Utusan Malaysia Online - Terkini

No comments:

Post a Comment