Pages

Wednesday, June 29, 2011

Petra bukan anak bapa

HARTA TERBARU...kediaman Petra yang baru dibeli di Los Angeles dikatakan termahal di AS.
HARTA TERBARU...kediaman Petra yang baru dibeli di Los Angeles dikatakan termahal di AS.

Foto

SEKALI imbas, tiada sesiapa menjangka gadis jelita yang bersiar-siar di tengah London itu bukan sembarangan orang.
Bersikap bersahaja dan mengelak perhatian, Petra Ecclestone - tanpa pernah mendapat wang melalui gaji - kini dalam perancangan membeli rumah kedua di kota metropolitan itu.

Rumah pertama Petra, 22, terletak di Chelsea dan dia membelanjakan hampir RM272 juta dan sehingga kini belum diduduki kerana masih menjalani proses pengubahsuaian.
SAMA TAK SERUPA...walaupun rapat, perwatakan Petra dengan bapanya, Ecclestone, jauh berbeza.
Rumah terbaru Petra - dikenali sebagai The Manor di Holmby Hills, Los Angeles, dan pernah dimiliki penerbit televisyen terkenal, Aaron Spelling - dikatakan kediaman paling mahal di Amerika Syarikat.

Untuk memiliki kediaman itu, Petra membelanjakan hampir RM442 juta.


Jurucakap Petra, Eliot Sandford, berkata setakat ini dia tidak dapat mengesahkan butiran pembelian rumah itu kerana perjanjian jual beli belum dimuktamadkan.

"Cuma, saya dapat sahkan kedua-dua pihak sedang berunding," katanya.

Sebenarnya, Petra sendiri tidak pernah bercadang untuk tinggal sepenuh masa di rumah agam berkenaan kerana keberatan menetap di AS.

Lokasi itu, kata sumber, tidak menyenangkan Petra kerana jauh dari London yang menjadi tempatnya membesar selama ini.

Ia juga jauh dari kelab malam yang digemarinya, Tramp dan Annabels.


Menetap di Los Angeles juga bermakna Petra berada jauh dari sahabat karibnya, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie.


Pendirian itu bermakna rumah agam di Los Angeles itu akan terbiar kosong pada kebanyakan masa.


Kata Sandford, ia adalah sebahagian daripada "perbelanjaan strategik" bagi kekayaan Petra.


Petra - yang gemar mengumpul beg tangan Hermes Birkin bernilai kira-kira RM49,000 setiap satu, selain karya seni Damien Hirst serta lima anjing peliharaan - memang mudah berbelanja.


Anak bongsu pemilik Formula 1 itu adalah pewaris kekayaan keluarga berkenaan.


Setakat ini, keluarga Ecclestone dianggarkan memiliki harta kekayaan lebih RM11.6 bilion dan tersimpan rapi dalam akaun di bank Switzerland.


Berdasaran cara perbelanjaan Petra, tidak nampak sebarang tanda kekayaan itu sedang mengalami kemerosotan.


Walaupun akrap dengan bapanya, Bernie Ecclestone, pemerhati berkata, sifat dan kecenderungan Petra jauh berbeza daripada bilioair itu.


Pada usia 80, Ecclestone dianggap tidak pernah kenal penat bekerja dan sentiasa ghairah mengumpul kekayaan.


Pada masa sama, Ecclestone tidak gemar menampilkan diri sebagai hartawan sombong.


Bersama isterinya, Slavica (sehinggalah mereka bercerai selepas 24 tahun bersama), mereka tidak memiliki pembantu rumah atau pengasuh.


Sehingga kini, makanan kegemaran Ecclestone hanyalah telur goreng dengan sos.


Sementara itu, Petra dikatakan sangat boros berbelanja.


Selain tidak teragak-agak mengeluarkan wang asalkan mendapat apa saja yang diingini, dia juga berbangga dengan cincin berlian bernilai lebih RM388,000 dihadiahkan tunangnya, James Stunt.


Petra berpacaran dengan bekas pengendali firma perjudian itu selama empat tahun dan mereka dijadual berkahwin pada Ogos ini.


Dalam majlis pertunangan di Battersea baru-baru ini, penyanyi Rihanna diupah RM1.2 juta untuk mengadakan persembahan menghiburkan tetamu terpilih.


Sementara itu, Ecclestone dilaporkan bimbang Petra dan kakaknya, Tamara, gagal menguruskan kekayaan yang bakal diwarisi mereka dengan baik.


Sumber berkata, kedua-dua beradik itu boleh dianggap tidak ada apa-apa yang bermakna dalam hidup.


"Tanpa pekerjaan dan cita-cita, mereka tiada apa yang bermanfaat dapat dilakukan," katanya.


Justeru, katanya, rumah agam di Los Angeles dibeli Petra itu mungkin dapat mengubah sedikit hidupnya.



"Hakikatnya, walaupun rumah itu dibeli dengan harga amat mahal, kekayaan Petra tidak susut," katanya.myMetro | Petra bukan anak bapa

No comments:

Post a Comment