Pages

Thursday, June 30, 2011

Perancis hantar senjata

PARIS: Perancis mula menggugurkan senjata untuk pemberontak Barbar menentang tentera Muammar Gaddafi di kawasan pergunungan selatan Tripoli, lapor akhbar Le Figaro, semalam.

Menurut akhbar harian itu, penghantaran senjata berkenaan dibuat bagi membantu pemberontak mengepung Tripoli dan menggalakkan kebangkitan rakyat di ibu negara Libya itu.


Mendakwa melihat sendiri nota perisikan rahsia dan berhubung dengan sumber dipercayai, Le Figaro mendakwa, jika pemberontak berjaya menghampiri pinggir Tripoli, kemungkinan besar rakyat di bandar raya itu akan bangkit menentang rejim Gaddafi.

“Jentera kerajaan kini tidak mendapat gaji dan kebanyakannya bertambah bosan dengan keadaan semasa. “Berlaku kekurangan minyak serius dan penduduk Tripoli bertambah muak dengan keadaan itu,” lapor akhbar berkenaan.


Menurut Le Figaro, penghantaran senjata itu dibuat melalui pesawat di ruang udara wilayah Djebel Nafusa yang menjadi pusat kebangkitan suku Barbar.


Setakat ini beberapa bandar di sekitar wilayah itu dilaporkan jatuh ke tangan mereka.

Laporan mendakwa, kargo berkenaan berisi raifal, mesingan dan pelancar roket.


Turut dihantar, misil antikereta kebal Milan buatan Eropah yang mampu memusnahkan kereta kebal atau kubu. - AFPmyMetro | Perancis hantar senjata

No comments:

Post a Comment