Pages

Thursday, June 9, 2011

Pencuri sorok dalam beg besar sebelum kebas barang berharga

BARCELONA: Seorang pencuri sanggup mengerekot dalam beg pakaian yang besar untuk mencuri barangan berharga dalam beg lain ketika berada dalam ruang bagasi bas lapangan terbang Sepanyol.

Menurut polis, pencuri itu mempunyai rakan yang akan membeli tiket bas dan meletakkan beg pakaian berkenaan dalam bas dari lapangan terbang Girona ke Barcelona di timur laut Sepanyol. “Sebaik perjalanan bermula dia akan keluar dari beg pakaian itu dan mennyelongkar beg lain untuk mencari barangan berharga serta menyorokkannya di dalam beg kecil yang dibawanya,” kata polis daerah Catalan dalam satu kenyataan. Pencuri itu kemudian masuk semula ke dalam beg pakaian tadi yang akan diambil rakannya pada akhir perjalanan.


Berikutan kes kecurian yang berlaku berulang kali, polis mengesyaki satu beg mencurigakan di atas bas pada 3 Jun lalu dan membukanya.

“Mereka lihat seorang lelaki mengerekot dalam beg itu bagaikan ahli jimnastik,” kata kenyataan itu. - AFP

myMetro | Pencuri sorok dalam beg besar sebelum kebas barang berharga

No comments:

Post a Comment