Pages

Monday, June 20, 2011

Nato bom rumah penduduk


TRIPOLI: Pegawai kerajaan Libya menunjukkan kepada wartawan lima mayat, termasuk dua budak, yang didakwa mereka menjadi mangsa serangan udara tidak bertamadun Nato, semalam.
Wakil media dibawa ke daerah al-Arada di Tripoli sebelum jam 1 pagi bagi menyaksikan anggota penyelamat dibantu orang ramai mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan rumah pangsa dua tingkat.

Pegawai kerajaan kemudian membawa wakil media terbabit ke sebuah hospital untuk ditunjukkan mayat seorang wanita dan dua budak didakwa dari satu keluarga yang maut dalam serangan berkenaan.

Jurucakap kerajaan, Mussa Ibrahim, menuduh Nato sengaja mensasarkan orang awam dalam serangan berkenaan.

Katanya, lokasi serangan itu ialah kawasan penempatan dan tidak mempunyai sebarang sasaran ketenteraan.


“Justeru, Nato mesti menamatkan keganasan untuk memberi ruang kepada rundingan mencari penyelesaian konflik ini,” katanya.

Beberapa jam sebelum itu, beberapa pertubuhan, termasuk Liga Arab, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menegaskan kepentingan “meningkatkan proses politik” bagi menamatkan krisis di Libya. Mussa berkata, jumlah korban mungkin meningkat kerana bangunan runtuh itu didiami sekurang-kurangnya 15 keluarga.

“Pemimpin Barat bertanggungjawab atas pembunuhan ini,” katanya. - AFP

myMetro | Nato bom rumah penduduk

No comments:

Post a Comment