Pages

Tuesday, June 21, 2011

Meninggal di hospital

SEREMBAN: Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut apabila dirempuh kereta ketika melakukan pemeriksaan ke atas lori di Jalan Nilai-Batang Benar, berhampiran stesen komuter Batang Benar, Mantin, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Wardi Ahmad (gambar), 28, meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Pemandu kereta berkenaan, Ismail Dahlan, 44, turut meninggal dunia beberapa jam selepas menerima rawatan di hospital sama akibat cedera parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, Wardi bersama tiga anggota JPJ yang menaiki pacuan empat roda memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk memeriksa lori rosak.

Katanya, ketika melakukan pemeriksaan kereta Ford Laser yang dipandu Ismail dikatakan hilang kawalan lalu merempuh lori dan pacuan empat roda milik JPJ dari arah belakang.
myMetro | Meninggal di hospital

No comments:

Post a Comment