Pages

Saturday, June 25, 2011

Meari bawa banjir kilat, ombak besar




SEBAHAGIAN pokok besar tumbang selepas dibadai Meari di bahagian tengah Manila, semalam.
SEBAHAGIAN pokok besar tumbang selepas dibadai Meari di bahagian tengah Manila, semalam.

11 orang dilapor hilang, lebih 50,000 mangsa diarah pindah

MANILA: Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan hilang dan hampir 50,000 penduduk terpaksa berpindah ke pusat perlindungan sementara selepas ribut tropika Meari menyebabkan banjir kilat dan ombak besar semalam.

Pengarah Eksekutif Majlis Pengurusan dan Pengurangan Bencana Alam Kebangsaan, Benito Ramos, berkata antara yang hilang termasuk 10 nelayan di dalam tiga bot di perairan pantai di wilayah Catanduanes di timur negara itu, manakala seorang wanita dihanyutkan air sungai yang deras di wilayah Albay.
Hujan yang turun berterusan selama hampir seminggu semakin lebat kelmarin memaksa penduduk meninggalkan rumah berikutan bimbang kemungkinan banjir besar dan tanah runtuh
Beliau berkata, lebih 5,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka di Manila saja selepas ribu yang diburukkan lagi dengan hujan monsun, menyebabkan banjir besar di bandar raya itu, manakala hampir semua pengangkutan awam terkandas.

Keadaan itu juga menyebabkan pejabat kerajaan dan sekolah terpaksa ditutup manakala berpuluh-puluh penerbangan dibatalkan.

“Tindakan pantas memindahkan penduduk Manila ketika air semakin naik sepanjang malam, berjaya mengelak kematian. Kami sudah menyediakan bot getah di semua lokasi strategik untuk memindahkan penduduk dengan segera,” katanya.

Ramos berkata, jabatan kaji cuaca kini memantau paras air di empangan dan membuka kunci air di lokasi kritikal.
Sementara itu pengarah jabatan kaji cuaca Nathaniel Servando berkata, Meari kini membadai daerah Basco, 330 kilometer ke utara wilayah Batanes dan sedang menghala ke Jepun.

Ia bergerak pada kelajuan 85 kilometer sejam dan sedang meningkat kepada 100 kilometer sejam.

Beliau berkata hujan dijangka terus turun di Manila dan wilayah berhampiran sehingga hari ini apabila Meari berada kira-kira 500 kilometer dari Basco dan menghala keluar dari negara itu. – AFP
Berita Harian Online | Meari bawa banjir kilat, ombak besar

No comments:

Post a Comment