CHICAGO - Seorang lelaki di Texas mati semasa dia merogol seorang wanita berusia 77 tahun, lapor media tempatan.
Lelaki Texas itu, Chavelo Gutierrez, 53, memecah masuk ke rumah wanita berkenaan dengan bersenjatakan pisau dan menyerangnya.
Namun, akhbar Corpus Christi Caller melaporkan semasa dia sedang merogol wanita tersebut, Gutierrez mengadu dia berasa tidak sihat dan berhenti melakukan hubungan seks untuk berehat.
Lelaki tersebut kemudian mahu meneruskan perlakuan tidak senonoh itu tetapi dia kemudian jatuh tergolek dan meninggal dunia.
Wanita itu pada mulanya menyangka dia sudah meninggal dunia kerana mabuk disebabkan bau minuman keras pada nafasnya.
Selepas perogol itu meninggal dunia, wanita tersebut meninggalkan rumahnya dengan memandu sebuah kereta sebelum meminta bantuan daripada anak perempuannya.
Para penyiasat percaya, perogol itu mati kerana serangan jantung selepas dia menunggang basikal sejauh 3.21 kilometer ke rumah wanita berkenaan dalam cuaca panas. - AFP
Kosmo! Online - Dunia
No comments:
Post a Comment