Pages

Monday, June 27, 2011

Lelaki Afrika telan 1.5kg heroin ditangkap di lapangan terbang

DUBAI: Pegawai kastam Dubai menahan seorang lelaki yang cuba menyeludup 1.5 kilogram heroin yang ditelannya, kata sumber semalam.

Menurut sumber keselamatan itu, lelaki terbabit tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dari sebuah negara Afrika.


“Tingkah laku lelaki terbabit sangat mencurigakan kerana kelihatan gelisah apabila tiba di terminal.

“Apabila anggota kastam memeriksa bagasinya, pegawai keselamatan tidak menemui barang larangan di dalamnya,” katanya.


Namun, apabila lelaki terbabit melalui mesin pengimbas, pihak berkuasa melihat ada bahan meragukan dalam perutnya.


“Selepas disoal, dia mengaku menelan 15 bungkusan yang tidak diketahui kandungannya.

“Dia juga mengaku datang ke Dubai untuk menyerahkan pil berkenaan kepada rakannya,” katanya.


Pemeriksaan hospital mengesahkan lelaki itu sebenarnya menelan 95 bungkusan berisi heroin seberat 1.5 kilogram. - GN

myMetro | Lelaki Afrika telan 1.5kg heroin ditangkap di lapangan terbang

No comments:

Post a Comment