Pages

Sunday, June 26, 2011

Kurang ajar ketika solat

KUALA LUMPUR: Kecetekan ilmu dalam bidang agama menyebabkan ramai di kalangan umat Islam bersikap kurang ajar ketika melakukan solat berjemaah dan tidak lagi tahu menghormati kesucian masjid.Penceramah bebas dan perunding motivasi, Che Nordin Che Ibrahim berkata, ini disebabkan mereka tidak menggunakan rumah ibadat itu untuk beribadah sepenuhnya, sebaliknya untuk bersembang dan mengganggu jemaah lain.
Antara tabiat buruk sesetengah jemaah ialah bersembang dengan kuat ketika imam membacakan khutbahmeninggikan suara ketika dalam solatlalu di depan orang yang sedang bersolat, selain tidak menghabiskan solat dengan doa.“Kita melihat perkara ini sebagai isu yang kebanyakannya tidak disedari masyarakat masa kini sedangkan jika diteliti, ia membuktikan ramai antara kita sebenarnya cetek didikan agama dan kurang ajar.
“Paling nyata, kita boleh lihat ada kalangan jemaah ini kurang ajar dengan meninggikan suara ketika solat berjemaah selain berbual sewaktu imam sedang berkhutbah, sekali gus mencerminkan betapa teruknya sikap masyarakat pada hari ini,” katanya ketika ditemui selepas Bengkel Pengukuhan solat yang diadakan di Masjid Al-Ghufran, di sini, semalam.
Program itu anjuran Human Capital Development Services (HCDS) Menurut Che Nordin, walaupun isu terbabit nampak kecil, namun satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam.“Memang jika dilihat ia macam isu kecil, tetapi apa yang saya hendak tekankan di sini adalah, apabila perbuatan itu dilakukan maka ia mensia-siakan saja solat yang dilakukan dan boleh mengganggu solat orang lain,” katanya.Bengkel Pengukuhan Solat anjuran HCDS itu bertujuan memperkasa dan memantapkan lagi ibadat solat sekali gus mendidik peserta mengenai adab untuk melakukan solat, termasuk solat jemaah di masjid.Dalam program dihadiri 100 peserta, termasuk dua dari Singapura itu, mereka diajar cara tertib bagi melaksanakan solat dan solat dari aspek kesihatan tubuh badan.myMetroKurang ajar ketika solat

No comments:

Post a Comment