Pages

Sunday, June 26, 2011

Kisah benar Nang Nak di Kulim

PADA sekitar 1950-an, Ismail Omar atau dikenali sebagai Pak Meh atau Meh Pok merupakan anggota polis dalam PVR atau Sukarelawan Polis di daerah Kulim, Kedah. PVR walaupun ‘sukarela’ pada era sebelum dan be berapa tahun selepas Merdeka, ada yang menjawat jawatan itu secara tetap dan fungsi PVR wujud hingga ke hari ini. Pak Meh menjalankan tugas seperti polis biasa, lengkap dengan balai, kuasa menangkap dan sebagainya.
Tugasnya membawa beliau ke segenap penjuru daerah Kulim dan pada 1950-an, ia adalah pekan kecil dengan penduduknya tinggal di kawasan berjarak jauh antara satu dengan yang lain. Satu hari, Pak Meh menerima aduan daripada seorang lelaki bernama Mat (bukan nama sebenar) yang melaporkan kematian seorang lagi anaknya setelah kematian dua anaknya dua tahun berturut-turut sebelum ini.
Lazimnya, laporan kematian pada era pra-Kemerdekaan di kampung-kampung akan diterima, dicatat dan dikeluarkan sijil pengesahan kematian, melainkan wujud elemen kesangsian yang tinggi dalam sesuatu laporan. Dalam kes Mat ini, Pak Meh mendapati wujud elemen tersebut. Tiga anak Mat mati setiap tahun berturut-turut. Kes itu dirujuk Pak Meh kepada OCPD Polis British yang menyokong cadangannya agar kes itu diselidik lebih lanjut. Apakah kematian mereka berkaitan wabak penyakit, binatang buas atau jena yah?
Pak Meh terpaksa meredah hutan untuk sampai ke rumah Mat, yang menunggu kedatangannya. Sepan jang masa di situ, isteri Mat langsung tidak kelihatan walaupun Mat mengakui dia ada di dalam. Tidak mengapa, segan atau masih sugul agaknya. Pak Meh walaupun berpegang pada prinsip kepolisan dalam mengumpul fakta, terdetik rasa ke anehan pada kawasan sekitar rumah Mat. Pak Meh memberitahu Mat yang dia akan kembali esok untuk meneruskan siasatan.
Pak Meh tidak memberitahu Mat bahawa dia membawa Pak Din yang memiliki pengetahuan mengenai alam jin. Di rumah Mat, Pak Meh meminta Mat memanggil isterinya tetapi dia enggan menunjukkan diri. Pak Din memberi isyarat pada Pak Meh supaya beredar. Tanpa pengetahuan Mat, Pak Din telah meninggalkan sebiji telur rebus dan limau purut di perkarangan rumah Mat. Esoknya, mereka kembali dan mendapati telur itu telah ‘dimakan’. Pak Din berkata memang ada ‘sesuatu’ di sini. Malah, Mat memberitahu Pak Meh anak ketiganya yang mati ada kesan luka di leher.
Ketika mereka bertiga berbual di bawah tangga (rumah orang Melayu tradisional), tidak semena-mena kelihatan tangan dari kawasan dapur keluar dan turun memungut sudu di atas tanah. Dan jarak antara aras lantai rumah dengan tanah adalah 1.524 meter. Kejadian itu dilihat oleh ketiga-tiga mereka. Dan bagaikan satu cahaya, Mat tersedar ba hawa orang yang disangka isterinya adalah satu jelmaan Iblis. Selama ini, Mat diperdaya mata oleh Iblis yang menjelma menjadi isterinya.
Siasatan rapi Pak Meh mendapati isteri Mat sebenarnya sudah mati tiga tahun lalu ketika melahirkan anak, dan sejak itu Iblis menjelma sebagai isteri Mat dan menjalani kehidupan seperti biasa tetapi jika tidak kerana kematian anak, kisah ini tidak akan diketahui.
utusanlfc.blogspot.com: Kisah benar Nang Nak di Kulim

No comments:

Post a Comment