AKSI Chard (kiri) dan McQuaid menarik perhatian penonton pada Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru di Seri Iskandar kelmarin. |
SERI ISKANDAR - Ketangkasan dua pesilat 'Mat Saleh' bertempur dengan mengguna senjata Melayu menarik perhatian ramai dalam Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru di Dewan Besar, Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang berakhir malam kelmarin.
Permainan keris dan parang Ed Chard, 45, dan pasangannya, Scott McQuaid, 35, masing-masing dari Australia dan Britain dipilih sebulat suara oleh barisan juri sebagai naib juara kategori tempur bersenjata.
Chard berkata, beliau tidak menyangka cuma ketinggalan lima mata di belakang pesilat Persatuan Silat Sri Gayong Panglima Ulung yang muncul juara dalam kategori berkenaan.
"Bagi kami, melangkah ke pusingan akhir sudah menjadi satu pencapaian besar kerana kami perlu bersaing dengan 14 pasukan lain yang mewakili persatuan silat mempunyai reputasi hebat.
Kosmo! Online - Negara
No comments:
Post a Comment