Pages

Monday, June 20, 2011

Indonesia kecam amahnya dipancung di Arab Saud

JAKARTA - Jakarta mengecam tindakan pihak berkuasa Arab Saudi memenggal kepala seorang pembantu rumah Indonesia selepas dia didapati bersalah membunuh isteri majikannya, kata seorang pegawai semalam.
Pembantu rumah itu, Roiaiti Beth Sabotti Sarona (gambar) didapati bersalah membunuh majikannya di Arab Saudi iaitu Khairiya binti Hamid Mijlid.
Pembunuhan kejam itu dilakukan Roiaiti di bahagian kepala dengan menggunakan alat pemotong daging dan menikam leher mangsa.
Dia telah dihukum mati kelmarin di Mekah.
"Tanpa prasangka terhadap sistem undang-undang yang berkuatkuasa di Arab Saudi, pemerintah Indonesia mengkritik bahawa hukuman mati itu dilakukan tanpa mematuhi amalan antarabangsa berkaitan dengan perlindungan konsulat," kata jurucakap Kementerian Luar, Michael Tene.
"Kami sedar berhubung kes itu dan Roiaiti telah mengaku melakukan pembunuhan.
"Namun, kami langsung tidak dimaklumkan mengenai waktu pelaksanaan hukuman itu," katanya. - AFP
Kosmo! Online - Dunia

No comments:

Post a Comment