Pages

Thursday, June 9, 2011

Hamas, Fatah bertemu lagi


GAZA: Perwakilan Fatah dan Hamas akan bertemu di Kaherah pada 14 Jun ini untuk membincangkan pembentukan kerajaan sementara, kata pemimpin Hamas semalam.
Menurut Ezzat al-Rasheq, rundingan terbaru itu adalah susulan kepada beberapa isu yang dipersetujui kedua-dua kumpulan pada bulan lalu.

“Pertemuan itu akan difokuskan kepada pembentukan kerajaan Palestin, isu tahanan politik dan pelaksanaan perjanjian damai di peringkat akar umbi,” katanya.

Selepas berbalah sekian lama, Fatah dan Hamas menandatangani perjanjian damai untuk membentuk kerajaan peralihan menjelang pilihan raya umum dan presiden tahun depan.

Bulan lalu, pemimpin kanan Fatah, Nabil Shaath, berkata dia menjangkakan butiran kerajaan sementara itu akan dimeterai menjelang 6 Jun tetapi sehingga kini belum ada pengumuman mengenainya dibuat.


Difahamkan, kedua-dua pihak masih berunding untuk melantik perdana menteri dengan pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas, disebut-sebut diberi jawatan itu tetapi Hamas dikatakan menentang idea berkenaan.

Perjanjian damai berkenaan turut menggesa Fatah dan Hamas membebaskan tahanan politik masing-masing, selain menyatukan pasukan keselamatan kedua-dua kumpulan. - AFP

No comments:

Post a Comment