Pages

Tuesday, June 14, 2011

Enam askar bunuh lelaki ditahan

KARACHI - Sebuah mahkamah antikeganasan Pakistan semalam mereman enam askar ke dalam tahanan polis berhubung pembunuhan seorang lelaki tidak bersenjata di sebuah taman awam yang mengejutkan negara berkenaan.
Klip video pembunuhan tersebut tersebar meluas dan disiarkan oleh media tempatan dan luar negara,.
"Hakim mahkamah antikeganasan Maqbool Baqar mengeluarkan perintah reman ke atas enam askar dan seorang awam, Afsar Khan dan meletakkan mereka dalam tahanan polis selama dua hari hingga esok," kata pendakwa raya wilayah Shahadat Awan.
Askar-askar terbabit dikenali sebagai Shahid Zafar, Mohammad Afzal, Bahadur Rehman, Manthar Ali, Liaquat Ali dan Mohammad Tariq.
Dua daripada mereka, Shahid dan Mohammad telah direman untuk kali pertama pada Jumaat lalu.
Afsar dilihat menarik mangsa lalu menyerahkannya kepada askar-askar berkenaan dengan menuduh mangsa melakukan satu rompakan.
Pasukan keselamatan Pakistan menembak mati Sarfaraz di sebuah taman di Karachi pada Rabu lepas berhubung dakwaan dia melakukan rompakan tetapi keluarganya menuntut keadilan dan menyatakan anak mereka seorang pelajar yang tidak bersalah.
Klip video itu menunjukkan Sarfaraz melutut merayu belas kasihan tetapi seorang askar terbabit beberapa kali menembak tangan dan paha mangsa.
Lelaki itu kemudian dibiarkan mati akibat pendarahan dengan diperhatikan oleh pengunjung-pengunjung lain. - AFP
Kosmo! Online - Dunia

No comments:

Post a Comment