PETALING JAYA: Berbekalkan rupa menarik, dua lelaki warga asing memperdaya wanita berusia meminta wang menggunakan orang tengah kononnya ditahan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas mendakwa membawa wang banyak.
Dua wanita warga emas yang dikesan menjadi mangsa dua lelaki itu masing-masing berusia 57 dan 52 tahun yang kerugian puluhan ribu ringgit.
Sumber polis berkata, kejadian membabitkan mangsa pertama berlaku pada Mei lalu yang kerugian RM70,000 selepas mangsa memasukkan wang berkenaan ke dalam akuan seorang wanita. Manakala, mangsa terbaru wanita berusia 52 tahun bekerja sebagai kerani kerugian hampir RM12,000 selepas memasukkan wang ke dalam akaun seorang wanita yang mendakwa pegawai kastam.
Katanya, penipuan bermula apabila mangsa berkenalan dengan lelaki berasal dari United Kingdom pada hujung Januari lalu melalui laman sosial Facebook.
“Mangsa yang tidak tahu helah suspek berhubung setiap hari sebelum diberitahu lelaki itu mahu ke negara ini pada 7 Jun lalu melalui e-mel 3 Jun.
“Kira-kira jam 10 pagi 7 Jun lalu, mangsa menerima panggilan daripada wanita yang memperkenalkan diri pegawai kastam memberitahu rakan lelaki warga asingnya ditahan imigresen KLIA selepas membawa wang yang banyak,” katanya di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment