Pages

Monday, June 13, 2011

Derita kakak di bumi asing





JAMILAH (kanan) didakwa menderita dan dikurung di Aceh bersama anak-anaknya selepas ditinggalkan Ripin (kiri) beberapa tahun lalu.


SIK - Seorang lelaki merayu mana-mana pihak supaya membantu mengesan kakak dan empat anak buahnya yang dikatakan menderita akibat hidup merempat dan dikurung di wilayah Aceh, Indonesia selepas ditinggalkan suaminya beberapa tahun lalu.
Nazri Hassan, 31, memberitahu, berita mengenai kesengsaraan yang dialami oleh lima beranak itu diketahui selepas Nazri menerima sepucuk surat daripada kakaknya, Jamilah, 35, yang meminta dia dan empat anaknya diselamatkan kerana mendakwa berada dalam keadaan bahaya.
Difahamkan, suami Jamilah yang dikenali sebagai Ripin Husin, seorang warga Indonesia, meninggalkan wanita itu untuk kembali menetap di negara ini beberapa tahun lalu bersama isteri mudanya mereka dipercayai tinggal di Sungai Petani.
Nazri berkata, selepas mendapat surat itu, dia sekeluarga bertambah bimbang kerana menurut beberapa teman kakaknya, Jamilah dan anak-anaknya dipercayai dikurung.
"Kami sekeluarga bimbang dengan nasib kakak dan anak-anaknya yang dipercayai telah dikurung di Indonesia," dakwanya ketika ditemui di sini semalam.
Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment