Pages

Friday, June 24, 2011

Bunuh gadis demi sarapan percuma


REBECCA...mayatnya ditemui  dalam hutan.
REBECCA...mayatnya ditemui dalam hutan.


LONDON: Seorang pelajar didakwa membunuh bekas teman wanitanya selepas dijanjikan sarapan percuma, mahkamah diberitahu, semalam.
Rebecca Aylward, 15, ditemui mati dengan kesan pukulan di kepala pada Oktober tahun lalu.

Peguam, Greg Taylor, berkata kejadian itu berlaku beberapa minggu selepas tertuduh, 16, bertaruh dengan rakannya untuk melakukan perbuatan kejam berkenaan.

Katanya, jika tertuduh sanggup membunuh Rebecca, rakannya itu akan membelikannya sarapan.

Dalam keterangan di Mahkamah Swansea semalam, tertuduh dikatakan mempengaruhi Rebecca supaya datang ke kawasan hutan terpencil berhampiran Bridgend, selatan Wales.


Untuk mengelakkan dikesan, Rebecca diminta menipu dengan memberitahu ibunya kononnya dia bertemu seseorang yang lain.

Bagaimanapun, Rebecca memberitahu ibunya bahawa dia diminta bertemu dengan tertuduh.


Apabila tiba di kawasan tersorok itu, tertuduh memukul kepala Rebecca beberapa kali dengan batu sehingga mangsa mati di tempat kejadian.

Semalam, Taylor turut mengemukakan pelbagai bukti membabitkan mesej pesanan ringkas dan perbualan maya dalam Internet kepada juri.

“Tiada sebarang keraguan Rebecca dibunuh di kawasan hutan di Aberkenfig.

“Ketika itu hujan dan dia dibiar tertiarap sehingga mati dalam hutan dengan pakaian yang baru dibeli sehari sebelum kejadian,” katanya. - TS
myMetro | Bunuh gadis demi sarapan percuma

No comments:

Post a Comment