Pages

Friday, June 24, 2011

AS berundur September 2012



TENTERA Kebangsaan Afghanisntan (ANA) menjalani latihan di pusat tentera Kabul (KMTC) di Kabul, Afghanistan, kelmarin. - REUTERS


WASHINGTON 23 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama malam tadi mengarahkan kesemua 33,000 askar tambahan yang dikerah ke Afghanistan pada Disember 2009 dibawa pulang selewat-lewatnya pada September tahun depan.

Beliau turut mengisytiharkan pengunduran itu sebagai langkah permulaan untuk menamatkan perang di Afghanistan, sambil berikrar untuk mengalihkan perhatian kepada program pembangunan negara di AS.

Dalam detik peralihan bagi dasar luar Amerika, Obama juga mengecilkan matlamat perang AS, dengan berkata, Washington tidak lagi akan cuba membangunkan sebuah Afghanistan 'yang sempurna' setelah negara itu dilanda perang selama beberapa dekad.

"Cahaya keamanan berkekalan boleh dilihat dari jauh, sekalipun hari-hari mendatang di Afghanistan terus membawa cabaran getir, dan perang yang sudah berlarutan itu akan ditamatkan secara bertanggungjawab," kata Obama dalam ucapan selama 13 minit.

Obama dilihat mahu meredakan kebimbangan rakyat AS yang dihimpit oleh kemelesetan ekonomi dan kini semakin bosan dengan kempen perang di negara asing yang menelan kos tinggi.

Presiden itu mendakwa tentera AS telah mencapai kemajuan besar ke arah mencapai objektif strategi penghantaran askar tambahan pada Disember 2009, dengan menyekat momentum Taliban, menghancurkan al-Qaeda dan melatih pasukan keselamatan baru Afghanistan.

Namun, beliau menolak rayuan Pentagon yang mahu pengunduran askar dilakukan dengan lebih perlahan bagi memastikan kejayaan memerangi Taliban berkekalan. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment