Pages

Tuesday, June 28, 2011

Aktivis diajar hadapi Israel



KUMPULAN aktivis Afrika Selatan melambai ke arah orang ramai yang melancarkan perjalanan ke Gaza menggunakan jalan darat.
KUMPULAN aktivis Afrika Selatan melambai ke arah orang ramai yang melancarkan perjalanan ke Gaza menggunakan jalan darat.


Sukarelawan ke Gaza diminta tidak serang tentera, elak terjun laut


ATHENS: Tidak berada dalam kabin adalah langkah yang perlu diambil jika diserbu tentera Israel ketika berlayar dengan kapal Kanada, Tahrir yang mengambil bahagian dalam flotila bantuan ke Gaza.
Itu adalah antara taklimat yang diberi kepada aktivis Kanada yang menyertai flotila kedua ke Gaza.
Laporan akhbar Haaretz, berdasarkan pengalaman serbuan bot Gaza yang berbeza dengan Mavi Marmara, aktivis dinasihat berada di atas dek, penumpang akan terdedah kepada keganasan fizikal beberapa minit daripada tentera yang dirasakan seperti berjam-jam.

“Berdasarkan pengalaman, tentera akan menuju ke kabin kapten, memijak kepala. Anda tidak perlu bergerak kerana mereka akan lihat anda sebagai penyerang.

“Komander mengetahui yang kita tidak bersenjata. Tetapi, tentera diberitahu sebaliknya,” katanya kepada bakal penumpang flotila ke Gaza itu.

Aktivis perlu membuat ikrar bertulis untuk mengelak keganasan dan semua peserta perlu menandatanganinya.
Peraturan itu termasuk tidak memulakan sentuhan fizikal dengan askar, tidak terjun ke laut, tidak membaling objek ke arah tentera, tidak memulakan kebakaran, tidak menggunakan alat pemadam kebakaran melawan askar, tidak mempamerkan objek yang boleh dianggap sebagai senjata seperti kamera dan sebagainya.

Orang paling tua yang bercadang berlayar dengan kapal Kanada itu ialah wanita Amerika berusia 77 tahun. Malah, ada juga wanita dan lelaki berusia lebih 70 tahun. Sembilan lagi penumpang berusia 60-an dan kebanyakannya antara 40 hingga 60 tahun.

“Saya terpanggil dengan keadaan di Gaza dan komuniti antarabangsa yang berdiam diri terhadap sekatan berterusan,” kata Lyn Adamson.

“Oleh kerana tiada langkah efektif daripada masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Israel dan Mesir untuk mengubah dasar, kami pada peringkat akar umbi perlu ambil tindakan,” kata Adamson, 59, anggota pergerakan Quaker dari Toronto.

Aktivis turut dinasihat berada di dek kapal kerana gas pemedih mata lebih cepat hilang. – Agensi
Berita Harian Online | Aktivis diajar hadapi Israel

No comments:

Post a Comment