Pages

Wednesday, June 1, 2011

3 rentung, seorang parah

KLUANG: Seorang anggota tentera dan dua orang awam rentung apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar, manakala seorang lagi anggota tentera yang menaiki kenderaan sama melecur teruk dalam kemalangan maut di Kilometer 51.5 Jalan Batu Pahat-Mersing, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, empat sahabat berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di pusat bandar Kluang dari arah Taman Kluang Barat sebelum kenderaan itu dipercayai gagal dikawal lalu merempuh penghadang jalan dan terbakar menyebabkan tiga lelaki berkenaan maut di tempat kejadian.

Ketua Trafik Daerah Kluang, Asisten Superintendan Azmi Suratman, berkata sejurus menerima maklumat berkenaan, pihaknya bergegas ke lokasi berhampiran Taman Intan di sini dan mendapati tiga mangsa rentung apabila terperangkap di dalam kereta berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan pihaknya percaya pemandu yang juga anggota tentera, Fannyrin Barata, 23, memandu laju kereta Proton Saga itu sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan kiri jalan berkenaan.

“Kereta berkenaan melanggar pokok sebelum terbakar di tempat kejadian.


“Ketika kejadian, mangsa dari arah Taman Kluang Barat menuju ke bandar Kluang, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Menurutnya, tiga mangsa, Fannyrin dan dua orang awam, Kamarul Azman Musa, 38 dan Suharmi Maguntang, 30, maut dalam kejadian itu, manakala seorang rakan mereka yang juga seorang anggota tentera, Bony Sedek, 31, cedera parah.

Katanya, Fannyrin dan Suharmi berasal dari Sabah, manakala Kamarul Azman dari Simpang Renggam.

“Hasil siasatan, kami dapati Bony yang berasal dari Sabah terselamat kerana tercampak dari kereta berkenaan sebelum kenderaan itu terbakar,” katanya.myMetro | 3 rentung, seorang parah

No comments:

Post a Comment