Pages

Thursday, June 9, 2011

2,000 di Amerika diarah pindah




PANTAU KEBAKARAN HUTAN: Seorang anggota bomba berjalan sampil memantau api di Hutan Negara Apache-Sitgreaves dekat Springerville, kelmarin. -- Foto AP


KEBAKARAN HUTAN
Langkah diambil lepas api kian marak di bandar Arizona
SPRINGERVILLE (Arizona): Sekitar 2,000 penduduk bandar Eagar di timur Arizona, Amerika Syarikat, diarah meninggalkan rumah mereka kelmarin kerana api satu kebakaran hutan terus marak.
Api mula dilihat di rabung sekitar bandar itu dan bandar jiran, Springerviller.Lebih ramai penduduk dijangka perlu berpindah akibat kebakaran hutan itu, yang bermula pada 29 Mei lalu dan telah memusnahkan sekitar 1,259 kilometer persegi hutan pain kawasan itu.Ia kebakaran hutan kedua terbesar dalam sejarah negeri Arizona.Angin kencang menyebabkan api, yang mungkin berpunca daripada api perkhemahan yang tidak dijaga, mara sekitar 12 kilometer sehari sejak ia bermula sekitar seminggu lalu.Tiada kecederaan serius dilaporkan sejauh ini, tetapi api telah memusnahkan 10 bangunan.Asap tebal akibat kebakaran itu telah juga menyelaputi negeri Iowa dan memaksa beberapa penerbangan dipesong daripada Albuquerque, New Mexico, sekitar 320 kilometer dari situ.Beribu anggota bomba, termasuk ramai yang datang dari beberapa negeri kawasan barat Amerika dan sejauh New York, berharap api tidak merebak hingga ke Springerville dan Eagar.Bandar Eagar mempunyai sekitar 4,000 penduduk, sementara Springerville 2,000 orang.Hampir 7,000 orang telah diperintahkan supaya bersedia untuk pindah sejak beberapa hari kebelakangan.Sepanjang hari semalam, anggota bomba bekerja keras menyediakan pertahanan bagi kededua bandar itu sedang penduduk bersedia untuk meninggalkan rumah mereka.Timbalan syerif dan pegawai polis berada di jalan-jalan mengawal lalu lintas sedang penduduk mula meninggalkan Eagar.Beberapa bandar peranginan kecil di Hutan Negara Apache- Sitgreaves sudah pun dikosongkan lebih awal.Pasukan Palang Merah Amerika telah menubuhkan sebuah pusat pemindahan di sebuah sekolah tinggi di Lakeside, Arizona, yang boleh menampung beberapa ribu orang.Pusat itu dibuka minggu lalu bagi menampung sekitar 2,700 penduduk kawasan pergunungan berdekatan yang diminta berpindah.Katil lipat, selimut dan kit keselesaan tambahan telah dihantar pusat tu kelmarin sedang keadaan bertambah bahaya.Masa depan bandar-bandar di Arizona itu masih menjadi tanda tanya kerana tiada tanda- tanda angin kencang akan reda dalam hari-hari mendatang.Ramalan cuaca juga tidak menunjukkan hujan akan turun. -- AP.Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment