Pages

Friday, May 27, 2011

Tanah runtuh sedalam 30 meter


 ANGGOTA Pertahanan Awam Cawangan Dang Wangi membuat pemeriksaan kali kedua untuk memastikan pergerakan tanah di bahagian kesan retak  berhampiran pencawang TNB di Jalan ST1 Off Jalan SG 8/11 Taman Seri Gombak.
ANGGOTA Pertahanan Awam Cawangan Dang Wangi membuat pemeriksaan kali kedua untuk memastikan pergerakan tanah di bahagian kesan retak berhampiran pencawang TNB di Jalan ST1 Off Jalan SG 8/11 Taman Seri Gombak.
52 keluarga di Town Villa dalam kebimbangan

GOMBAK: Lebih 52 keluarga yang tinggal di satu blok 'town house' dan dua buah banglo di Town Villa Jalan 8/11, Taman Seri Gombak di sini, hidup dalam kebimbangan sejak lebih setahun lalu akibat kawasan itu diancam tanah runtuh.
Keadaan semakin membimbangkan apabila hakisan tanah yang berlaku di kawasan cerun terletak tidak sampai 20 meter dari blok kediaman mereka semakin serius selepas satu runtuhan tanah besar berlaku lewat petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, satu cerun sedalam lebih 30 meter terbentuk akibat tanah di kawasan itu runtuh dipercayai berpunca daripada hakisan selepas hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Sebuah stesen pencawang TNB juga dikhuatiri akan roboh kerana ia terletak hanya kira-kira satu meter dari tempat kejadian.

Penduduk, Yusri Kamaruddin, 40, mendakwa penduduk sudah beberapa kali membuat aduan pada pihak berkenaan, namun tiada tindakan sewajarnya diambil sehingga kejadian hakisan besar berlaku sejak sebulan lalu.

“Sejak empat hari lalu, baru ada kerja penambakan dibuat, namun hujan lebat pada semalam dan kelmarin mungkin menyebabkan hakisan tanah semakin serius.
“Penduduk yang tinggal di unit rumah berhampiran terdengar bunyi kuat dari kawasan tanah yang runtuh dan terus menghubungi pihak berkuasa,” katanya yang sudah tinggal di kawasan perumahan itu sejak tiga tahun lalu.

Beliau mendakwa, masalah hakisan tanah bermula sejak saluran longkang yang dibina pemaju perumahan untuk menyalurkan limpahan air hujan ditutup oleh pemaju sebuah projek pembinaan lain 150 meter dari kawasan kediamannya.

Akibatnya air yang melimpah setiap kali hujan lebat beralih ke tanah lapang berhampiran stesen pencawang TNB terbabit.

Difahamkan, lebih 20 rumah di Kampung Sungai Chincin yang terletak di cerun bukit berkenaan turut diancam bahaya sekiranya runtuhan tanah yang lebih besar berlaku.

Sementara itu, seorang wakil kontraktor yang membuat kerja penambakan berkata kerja menambak sukar dilakukan kerana bimbang jentera berat yang digunakan akan memberi kesan kepada keadaan tanah. Berita Harian Online | Tanah runtuh sedalam 30 meter

No comments:

Post a Comment