Pages

Friday, May 20, 2011

Tak percaya SMS isteri kahwin




SABRI menunjukkan foto isterinya, Roslina  yang hilang sejak 22 April lalu.
SABRI menunjukkan foto isterinya, Roslina yang hilang sejak 22 April lalu.

Suami syak mesej dihantar guna telefon bimbit Roslina dibuat penculik

KUALA LUMPUR: ‘Saya sudah selamat berkahwin sekarang... tolong jangan cari saya,” demikian SMS pertama dihantar pegawai bank, Roslina Awang Kechik, 37, kepada suaminya, Jumaat lalu, sejak dilaporkan hilang pada 22 April lalu.

Bagaimanapun, sebaik SMS itu diterima, suaminya, Sabri Man, 38, cuba menghubungi semula nombor itu beberapa kali, termasuk menghantar SMS kerana mahu mendengar daripada mulut Roslina sendiri, namun tidak dibalas sebelum telefon bimbit isterinya itu dimatikan.
“Saya pasti SMS itu bukan daripada Roslina berdasarkan ayat digunakannya, sebaliknya saya percaya ditulis lelaki yang menculik isteri saya.
“Bagaimanapun, sekiranya perkara diungkapkan itu benar, saya mahu mendengar daripada mulut Roslina sendiri sebelum sesuatu tindakan diambil.

“Secara logiknya, kenapa perkara sebegitu penting hanya dimaklumkan menerusi SMS dan bukannya bersemuka. Saya tegaskan, kami masih pasangan suami isteri dan Roslina tidak boleh berkahwin lain,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Berita Harian sebelum ini melaporkan kehilangan kakitangan bank itu selepas keluar rumah menuju ke pejabatnya di Dataran Maybank, Bangsar.

Sabri berkata, sejak kehilangan isterinya sebulan lalu, kehidupan mereka sekeluarga sepi terutama anak bongsunya berusia lapan tahun yang sering memanggil ibunya.
“Suami mana tidak sedih, isteri hilang begitu saja tanpa sebab. Malah, rumah tangga saya sebelum ini tidak dilanda sebarang masalah yang boleh menjadi punca Roslina melarikan diri.

“Saya cuba menjalankan tugas sebagai suami merangkap ibu sebaik mungkin untuk tiga anak saya walaupun dalam keadaan tertekan kerana saya tidak mahu anak terasa kehilangan ibu mereka,” katanya.

Beliau berharap individu yang menjadi dalang kehilangan isterinya itu melepaskan Roslina segera supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga bagi menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. 

No comments:

Post a Comment