Pages

Saturday, May 28, 2011

Ribuan rakyat Mesir protes sekali lagi


KAHERAH 28 Mei - Beribu-ribu rakyat Mesir berkumpul di Dataran Tahrir, Kaherah hari ini bagi mendesak kerajaan mempercepatkan reformasi dan perbicaraan presiden yang digulingkan, Hosni Mubarak serta bekas pembantu-pembantunya.

Aktivis-aktivis bersungut tentang kelewatan menghakimi Mubarak, keluarganya serta orang di bawah rejimnya.
Protes yang disifatkan penganjur sebagai `revolusi kedua’ itu juga dilakukan kerana rakyat Mesir mendesak untuk menamatkan rasuah yang masih berterusan, salah satu sebab yang mengumpulkan beribu-ribu penunjuk perasaan. - Reuters
Utusan Malaysia Online - Terkini

No comments:

Post a Comment