Pages

Friday, May 20, 2011

Rasulullah tidak akan mengenali ummatnya yang menemui Allah dengan rasuah

Daripada Abdur Rahman Sa'ad as-Sai'di r.a., katanya: "Nabi s.a.w. melantik seorang lelaki bani al-Azad sebagai petugas baitul mal di suatu daerah. Lelaki itu, Ibnul Lutbiyah kembali menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Ini adalah untuk Tuan dan yang ini dihadiahkan kepadaku." Rasulullah s.a.w. lalu berdiri di atas mimbar, bertahmid serta memuji Allah kemudian bersabda: "Amma ba'du. Sesungguhnya saya telah menugaskan salah seorang di antara kalian untuk satu tugas daripada pelbagai tugas yang diserahkan Allah kepadaku. Lalu ia kembali dan berkata: "Ini adalah untuk Tuan dan yang ini dihadiahkan kepadaku." Sekiranya ia duduk saja di rumah ayah atau ibunya, apakah akan ada hadiah diberikan kepadanya, jika benar ia sungguh-sungguh melaksanakannya. Demi Allah, tiada satu pun yang diambil daripada seseorang itu yang bukan haknya, melainkan ia akan menemui Allah Taala bersama barang itu pada hari kiamat. Sesungguhnya, saya tidak akan mengenali umatku yang menemui Allah bersama (rasuah) seekor unta yang bersuara, atau lembu yang menguak atau kambing yang mengembek." Selanjutnya baginda s.a.w. mengangkat kedua tangannya hingga kelihatan putih ketiaknya itu lalu bersabda: "Ya Allah, bukankah telah saya sampaikan." (Muttafaq 'alaih).

No comments:

Post a Comment