Pages

Monday, May 23, 2011

Presiden Yaman enggan serah kuasa




Seorang kanak-kanak Yemen turut menyertai protes antikerajaan di Sanaa bagi mendesak Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh meletakkan jawatan, kelmarin. – REUTERS


SANAA 22 Mei - Diplomat Barat dan negara-negara Teluk gagal memujuk Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh menandatangani perjanjian untuk menyerahkan kuasa hari ini.
“Ia (usaha pujuk Ali serah kuasa) gagal,” kata seorang diplomat kepada Reuters, manakala diplomat dari negara Teluk pula berkata, blok daripada Majlis Kerjasama Teluk yang terdiri daripada negara-negara jiran Yemen yang merupakan negara pengekport minyak mungkin menarik diri menjadi pendamai ekoran keengganan Ali itu.
Sebelum ini, Ali dilaporkan akan menandatangani perjanjian penyerahan kuasa, hari ini setelah dua kali mengubah keputusan itu.
Sementara itu, beratus-ratus penyokong setia Ali menghalang jalan raya sebagai tanda protes terhadap berita perjanjian penyerahan kuasa itu dengan melonggokkan batu-batu sebagai penghadang, manakala di kota Sanaa, pula beri-ribu rakyat yang menentang Ali meneruskan protes mereka. – Reuters
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment