Pages

Tuesday, May 10, 2011

Osama makan tembikai, herba untuk kesihatan


SEORANG askar Pakistan mengawal rumah persembunyian Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan semalam.

ISLAMABAD - Bekas Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden tidak pernah menjalani rawatan dialisis buah pinggang, walaupun timbul banyak dakwaan mengenainya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Bukti yang diperoleh daripada alat-alat perubatan di tempat persembunyian dan pengakuan daripada isterinya dalam media Pakistan menunjukkan Osama menggunakan ubat-ubatan tradisional untuk kesihatan dirinya.
"Dia tidak berada dalam keadaan lemah," kata isteri Osama yang paling muda, Amal Al-Sadah 29, ketika memberitahu anggota-anggota penyiasat dari Pakistan yang menahannya selepas suaminya mati ditembak oleh komando Amerika Syarikat (AS) di rumah yang menjadi tempat perlindungannya di bandar Abbottabad, Pakistan pada minggu lalu.
Stesen televisyen NBC di AS memperoleh satu senarai ubat yang ditemui dalam rumah Osama di Abbottabad, Pakistan.
Ubat-ubat itu didapati tidak digunakan untuk merawat penyakit kronik.
Sebaliknya, pihak berkuasa Pakistan menemui ubat untuk merawat kayap, ulser, sakit urat, tekanan darah tinggi dan ekstrak oat liar yang digunakan bagi rawatan penyakit mati pucuk.
Amal yang merupakan warga Yemen dan berumur 17 tahun ketika mengahwini Osama memberitahu, suaminya itu sudah sembuh sepenuhnya daripada dua pembedahan buah pinggang sejak sedekad lalu.
Pada tahun 1999, pihak berkuasa Arab Saudi dilaporkan mengarahkan seorang pembunuh upahan untuk meracun Osama dan toksin itu telah merosakkan buah pinggangnya. Amal menyatakan Osama menyembuhkan tubuhnya dengan memakan tembikai dan tidak menjalani rawatan dialisis. Pada malam serangan oleh pasukan komando Seal AS, pasangan itu baru sahaja masuk tidur dan memadamkan lampu sebelum mendengar tembakan pertama dilepaskan.
Belum sempat Osama mencapai senjata api AK-7 miliknya, anggota komando telah menyerbu dan menembaknya.
Penjelasan itu nyata bercanggah dengan laporan sebelum ini yang menyatakan Osama ditahan terlebih dahulu dan kemudian ditembak.
Dalam serangan sama, Amal ditembak di kaki. Dia menjadi isteri kelima Osama, dan dikenali sebagai Amal Ahmed Abdulfattah dan Amal Ahmed al-Sadah. Dia mendakwa bersama Osama dan tidak pernah keluar dari rumah itu dalam tempoh lima tahun. - Agensi, kosmo

No comments:

Post a Comment