Pages

Wednesday, May 4, 2011

Obama tonton Osama ditembak


OBAMA (dua dari kiri), Biden (kiri) dan Clinton (dua dari kanan) bersama para pegawai kanan keselamatan AS menyaksikan operasi pemburuan Osama di White House, Washington pada Ahad lalu.


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menonton skrin televisyen yang menunjukkan detik-detik seorang komando menembak mati ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden, 54, secara langsung pada malam Ahad lepas, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Detik-detik itu dilihat Obama di pejabatnya bersama beberapa pegawai kanan lain termasuk Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton di White House di sini menerusi kamera video yang dipasang pada topi seorang anggota komando daripada pasukan komando tentera laut Seal. Komando itu menembak mati Osama di dalam bilik tidur sebuah rumah yang menjadi tempat perlindungan pemimpin pengganas itu.
Obama dapat melihat Osama ditembak di bahagian kepala dekat mata kiri pada skrin televisyen tersebut yang turut disaksikan oleh Naib Presiden AS, Joe Biden dan pegawai-pegawai pasukan keselamatan negara AS.
Anggota komando itu kemudian menembak Osama sekali lagi di bahagian dada bagi memastikan dia sudah mati. Ia merupakan amalan biasa dalam pasukan tentera.
Dalam video itu juga, salah seorang isteri Osama dikatakan bertindak seperti perisai manusia untuk melindungi diri suaminya semasa seorang anggota komando AS memasuki sebuah bilik tidur di dalam rumah agam yang bernilai AS$1 juta (RM2.96 juta) dekat bandar Abbottabad, Pakistan.
Beberapa jam kemudian, jenazah Osama dikebumikan di utara Laut Arab selepas jenazahnya diikat sebelum disimpan di dalam sebuah beg dan diterbangkan menerusi helikopter ke kapal pengangkut pesawat AS, USS Carl Vinson.-kosmo

No comments:

Post a Comment