Pages

Saturday, May 21, 2011

Nyawa melayang kejar peragut



ANGGOTA polis mengusung mayat Yasmin yang maut digilis kereta di Jalan Kaki Bukit, Beseri malam kelmarin.


PADANG BESAR – Tindakan berani Nur Syaza Yasmin Ruslan, 17, mengejar penjenayah bermotosikal yang cuba merentap rantai leher adiknya ketika mereka menunggang motosikal berakhir dengan gadis itu maut digilis sebuah kereta di Kilometer 10, Jalan Kaki Bukit, Beseri dekat sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, Yasmin terkorban apabila digilis kereta Proton Gen 2 yang datang dari arah belakang.
Mangsa sebelum itu terjatuh daripada motosikal yang ditungganginya selepas motosikalnya berselisih dengan sebuah Toyota Unser yang dipandu dari arah bertentangan.
Tragedi ngeri itu disaksikan oleh adiknya, Nur Syaza Norah, 15, yang hanya cedera ringan dalam kejadian itu.
Kedua-dua beradik itu belajar di Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan di sini.
Sebelum kejadian, Yasmin yang menunggang motosikal Suzuki Smash bersama Norah keluar dari rumah untuk melihat telefon bimbit di Beseri.
Dalam perjalanan tersebut, mereka didatangi seorang lelaki menunggang motosikal Modenas Kriss yang bertanyakan sesuatu sebelum tiba-tiba rantai leher perak dan kristal yang dipakai Norah cuba diragut.
“Suspek bertanyakan terdapat apa-apa program di Timah Tasoh sebelum lelaki itu terus sentap rantai leher saya.
“Namun lelaki itu gagal menarik rantai leher saya,” kata Norah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Keteri di sini semalam.
Ekoran itu, Norah berkata, kakaknya yang berang dengan tindakan lelaki itu terus memecut mengejar motosikal yang ditunggangi suspek bagi mendapatkan nombor pendaftaran motosikal suspek.

No comments:

Post a Comment