Pages

Saturday, May 14, 2011

Komando rakam operasi


WASHINGTON: Satu laporan mendakwa, komando Amerika Syarikat merakamkan serbuan mereka ke atas tempat persembunyian Osama bin Laden 2 Julai lalu menggunakan kamera kecil yang dipasang pada topi keledar.
CBS News melaporkan, 25 komando SEAL menyerbu kediaman tiga tingkat di Abbottabad bersama kamera yang dipasang di kepala masing-masing.

Menurut pegawai AS yang melihat rakaman itu, satu-satunya insiden tembak-menembak berlaku di luar bangunan berkenaan.

Ketika itu, lapor CBS News, utusan Osama melepaskan tembakan tetapi dia kemudiannya ditembak mati.

Sejurus selepas itu, komando terbabit ternampak Osama untuk kali pertama di tingkat tiga dan tembakan dilepaskan ke arahnya, namun tidak mengena.

Osama kemudian bersembunyi di dalam bilik tidurnya.


Anggota SEAL pertama memasuki bilik itu menarik anak perempuan Osama yang ada di situ, manakala komando kedua diserbu seorang daripada isteri tokoh berkenaan.

Bagaimanapun, komando kedua itu menolak wanita terbabit ke tepi sebelum melepaskan satu das tembakan ke dada Osama.
Komando ketiga masuk ke bilik dan menembak kepala Osama pula. - AFP. mymetro

No comments:

Post a Comment