Pages

Sunday, May 1, 2011

Kekasih cabut, wanita beri kerjasama


IMEJ dikeluarkan pihak polis Perancis menunjukkan gambar Dupont (atas, kiri) bersama isteri serta empat orang anaknya. - Foto AFP

IMEJ dikeluarkan pihak polis Perancis menunjukkan gambar Dupont (atas, kiri) bersama isteri serta empat orang anaknya. - Foto AFP

PARIS: Wanita simpanan seorang ahli perniagaan Perancis memberi kerjasama dengan polis dalam operasi memburu kekasihnya yang disyaki membunuh isteri dan empat anak mereka. 


Xavier Dupont de Ligonnes, 50, kini diburu selepas lima anggota keluarganya ditemui di sebuah kubur di sebelah anjing peliharaan mereka.
Kesan tembakan dilihat pada semua anggota keluarga lelaki itu dan mayat mangsa diletak di bawah teres rumah mereka di Nantes, barat Perancis, Khamis lalu.
Wanita yang tidak dinamakan itu berasal dari kawasan pinggir Paris, Asnieres-sur-Seine dan mengakui sering bertemu dengan Dupont untuk sesi asmara. 
Dia dilaporkan menunjukkan kepada penyiasat khidmat pesanan ringkas (SMS) dan surat daripada kekasihnya. 


“Dia memberitahu polis menjalin hubungan intim dengan suspek berkenaan. Dia ketakutan ketika ini dan tidak lagi tinggal di rumah sebaliknya menginap dengan rakan,” kata sumber siasatan. 


Dupont de Ligonnes adalah seorang eksekutif pengiklanan dan dikatakan memberitahu jiran bahawa dia dan keluarganya - isteri Agnes, 49, dan anak mereka, Tomas, 21, Arthur, 18, Anne, 16, dan Benoit, 13 – akan berpindah ke Australia mengikut program perlindungan saksi. 
Pihak berkuasa Perancis sudah mengeluarkan perintah mencari kepada masyarakat antarabangsa bagi menahan Dupont. 


Pendakwa Nantes, Xavier Ronsin, yang mengeluarkan perintah itu berkata Dupont menghadapi masalah kewangan teruk dan berhutang 50,000 euro (RM170,000) dan berpendapatan 4,000 euro tahun lalu. – Agensi , bharian

No comments:

Post a Comment