Pages

Monday, May 9, 2011

Jeritan anak selamat keluarga



TENGKU Adnan di hadapan rumahnya yang terbakar di Taman Duta, Kuala Lumpur, awal pagi semalam.
TENGKU Adnan di hadapan rumahnya yang terbakar di Taman Duta, Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

Tingkat 4 banglo Tengku Adnan musnah

KUALA LUMPUR: Jeritan anak lelaki Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang terkejut dari tidur selepas letupan kuat penghawa dingin di bilik tidurnya berjaya menyelamatkan ahli keluarganya serta pembantu rumah menjadi mangsa kebakaran yang memusnahkan tingkat empat banglo di Taman Duta, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Adnan dan penghuni banglo itu nyenyak tidur sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan Tengku Muhammad Hafis, 15, memaklumkan penghawa dingin meletup sebelum terbakar.
Adnan berkata, beliau dan isteri kemudian bergegasmasuk ke bilik berkenaan untuk memeriksa keadaan dan cuba memadamkan kebakaran, namun api merebak dengan begitu cepat menyebabkan mereka tidak berbuat apa-apa kecuali menyelamatkan diri sebelum menghubungi bomba.

“Api marak dan merebak dengan begitu cepat. Bimbang keadaan menjadi lebih teruk, saya mengejutkan semua ahli keluarga dan pembantu rumah supaya menyelamatkan diri sebelum meminta bantuan. Kebakaran berjaya dipadamkan dalam setengah jam oleh anggota bomba yang tiba tidak lama selepas kejadian.

“Mujurlah kebakaran tidak merebak ke bahagian lain rumah, namun tingkat empat dan bahagian bumbung rumah musnah sama sekali. Walaupun mengalami kerugian besar, saya tetap bersyukur semua ahli keluarga selamat dalam tragedi ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini semalam.

Selain Adnan dan isteri, Datin Seri Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini, kediaman mewah itu turut didiami enam anak mereka, ibu mentua, dua anak saudara dan lima pembantu rumah.
bharian

No comments:

Post a Comment