Pages

Friday, May 20, 2011

Isteri, anak Gaddafi di Tunisia


TUNIS: Isteri dan anak perempuan Muammar Gaddafi dilaporkan berada di Tunisia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada pemergian itu berkaitan misi diplomatik atau mencari perlindungan.
Sumber keselamatan Tunisia berkata, Safia Gaddafi dan anaknya, Aisha, tiba di negara itu pada 14 Mei lalu dan kini berada di Pulau Djerba.

Dipercayai isteri dan anak Gaddafi itu tidak menyertai pegawai kanan Libya, Shokri Ghanem, yang berpaling tadah.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negara Tunisia semalam menafikan ahli keluarga Gaddafi ada di negara itu.

Memetik jurucakap kementerian itu, stesen televisyen al-Jazeera berkata, mana-mana ahli keluarga Gaddafi yang tiba di sempadan Tunisia akan ditangkap sesuai dengan kedudukan mereka yang dikenakan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sumber pembangkang Libya pula mendakwa, Safia berada di Djerba bagi menemani suami Aisha yang mendapatkan rawatan selepas cedera dalam konflik di negara mereka. - Reuters

No comments:

Post a Comment