Pages

Saturday, May 21, 2011

Gempa gegar wilayah barat Turki


3 maut, 100 cedera selain beberapa bangunan, sebuah masjid musnah


ANKARA: Gempa bumi magnitud 5.9 menggegar wilayah barat Turki malam semalam, menyebabkan tiga maut dan hampir 100 cedera. 

Beberapa bangunan dan sebuah masjid turut musnah dalam kejadian yang berlaku hampir tengah malam semalam itu.
Gempa berpusat di Simav itu menyebabkan penduduk ketakutan dan berlari keluar rumah. Dua warga, termasuk satu melompat dari tingkap, maut di Simav.
Sementara di Inegol, seorang perempuan tua maut berikutan serangan jantung. 
Menurut Menteri Alam Sekitar Veysel Eroglu, seramai 79 mangsa menjalani rawat di hospital. 

Beberapa di antara mereka cedera kerana melompat dari balkoni atau tingkap dan mengalami serangan jantung ataupun kejutan akibat panik. Hanya seorang mengalami kecederaan serius. 

Di Usak, bandar berjiran dengan Simav, 25 penduduk dikejarkan ke hospital, kata Pegawai Kanan Jabatan Kesihatan, Seracettin Com. 
Pertubuhan Bulan Sabit Merah berkata gegaran merobohkan dua bangunan kosong di Simav, selain sebuah masjid. Pihak berkuasa bertindak mengosongkan hospital Simav dan memindahkan pesakit ke hospital lain di wilayah itu. 

Kebanyakan penduduk menghabiskan waktu malam dalam kenderaan masing-masing di pinggir jalan. – Reuters 

No comments:

Post a Comment