Pages

Monday, May 2, 2011

Gaddafi selamat, anak, cucu maut



IMEJ yang dirakam daripada siaran televisyen Libya semalam menunjukkan dua mayat dewasa dan dua kanak-kanak yang sudah dikafankan, dipercayai anak dan cucu Gaddafi, di sebuah hospital di Tripoli.
IMEJ yang dirakam daripada siaran televisyen Libya semalam menunjukkan dua mayat dewasa dan dua kanak-kanak yang sudah dikafankan, dipercayai anak dan cucu Gaddafi, di sebuah hospital di Tripoli.



SEKUMPULAN orang memeriksa peluru berpandu yang dilepaskan Nato di kediaman anak Gaddafi di Tripoli, semalam.
SEKUMPULAN orang memeriksa peluru berpandu yang dilepaskan Nato di kediaman anak Gaddafi di Tripoli, semalam.


TRIPOLI: Anak bongsu Muammar Gaddafi, Seif al-Arab dan tiga cucu pemimpin Libya itu terbunuh dalam serangan udara Nato, semalam.
Pemimpin Libya itu bagaimanapun terselamat dalam serangan yang mensasarkan kediaman Seif, selepas pemberontak dan Nato menolak tawarannya untuk berunding bagi menamatkan krisis yang melanda negara itu.

Jurucakap kerajaan, Mussa Ibrahim menyifatkan serangan itu sebagai operasi secara langsung untuk membunuh Gaddafi yang berada di rumah itu bersama-sama isterinya.

“Gaddafi tidak cedera,” katanya.

Menurutnya, maklumat mengenai lokasi Gaddafi dipercayai bocor.


“Mereka tahu kedudukannya,” kata Ibrahim.

Amerika Syarikat enggan mengulas laporan itu. Seorang anak angkat Gaddafi terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat pada 1986.

Dalam serangan semalam, rumah berkenaan musnah teruk, dipercayai terkena tiga peluru berpandu.

Seif al -Arab, 29, adalah antara anak Gaddafi yang kurang terserlah dan memainkan peranan yang terhad dalam struktur pemerintahan Libya.

Menurut Mussa, Seif pernah menuntut di Jerman.


Ketiga-tiga cucu Gaddafi yang terbunuh itu pula berusia awal belasan tahun.


Sementara itu, Nato menafikan ia mensasarkan Gaddafi atau keluarganya tetapi mengaku ia melakukan serangan di kawasan kediaman anak Gaddafi itu di daerah Bab al-Aziziyah.


Pemerintah operasi Libya Nato, Lt Jen Charles Bouchard dari Kanada berkata, bangunan yang menjadi sasaran serangan itu adalah sebahagian strategi untuk mensasarkan markas yang mengancam orang awam.


Dalam pada itu, Presiden Venezuela, Hugo Chavez menyifatkan serangan semalam sebagai cubaan untuk membunuh Gaddafi. - Agensi
myMetro | Gaddafi selamat, anak, cucu maut

No comments:

Post a Comment