Pages

Wednesday, May 25, 2011

Debu tebal Grimsvotn akibatkan 500 penerbangan dibatal



Foto
SEBUAH pesawat melalui berhampiran gunung berapi Grimsvotn yang meletus di tenggara Iceland.



Foto
SEORANG pelancong Switzerland berada di sebuah lebuh raya tidak jauh dari zon debu gunung berapi Iceland di Kirkjubaejarklaustur. - Foto Reuters



LONDON: Debu tebal yang tersebar kerana letusan gunung berapi Iceland dijangka memaksa pembatalan sehingga 500 penerbangan komersial di Ireland Utara, Scotland dan bahagian Scandinavia, kata agensi lalu lintas udara Eropah, semalam.

Antara 200 dan 250 penerbangan sudah dibatalkan, kata Brian Flynn, ketua operasi rangkaian di Eurocontrol. Ada lebih 30,000 penerbangan dalam Eropah secara purata setiap hari pada masa ini setiap tahun.
Debu gunung berapi Grimsvotn sudah memaksa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memendekkan kunjungannya ke Ireland dan menambah kebimbangan berulangnya gangguan perjalanan besar-besaran di Eropah tahun lalu apabila debu dari gunung berapi Eyjafjalljokull menyebabkan jutaan penumpang terkandas.
Flynn berkata, beliau percaya rancangan Obama menjelajah Eropah terus terjejas dan pihak berkuasa juga tidak menjangka penangguhan penerbangan besar-besaran selepas letusan gunung berapi tahun lalu.

Mereka mengatakan, prosedur itu semakin baik sejak itu dan awan ketika ini tidak dijangka bergerak menghala benua Eropah.

Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam British berkata angin kencang di Scotland menjadikannya sukar meramalkan arah tuju debu itu.

British Airways menunda semua penerbangannya pagi semalam di antara London dan Scotland, sementara syarikat penerbangan Belanda KLM dan Easyjet membatalkan penerbangan dari dan ke Scotland serta utara England pada masa sama.
Tiga syarikat penerbangan domestik turut mengumumkan gangguan penerbangan. – AP Berita Harian Online | Debu tebal Grimsvotn akibatkan 500 penerbangan dibatal

No comments:

Post a Comment