Pages

Friday, May 27, 2011

Bekas jeneral Bosnia-Serb ditahan




Ratko Mladic


BELGRADE 26 Mei - Pihak berkuasa Serbia mengesahkan telah menahan bekas jeneral Bosnia-Serb, Ratko Mladic, setelah melarikan diri sejak sekian lama atas dakwaan pembunuhan beramai-ramai semasa perang Serbia-Bosnia, kata Presiden Serbia, Boris Tadic.
"Bagi pihak Republik Serbia, saya mengumumkan penangkapan Ratko Mladic. Proses untuk mengekstradisinya sedang dijalankan.
"Penangkapan ini menghapuskan beban Serbia dan menutup sejarah hitam negara ini," katanya kepada pemberita.
Mladic, yang menjadi komander tentera Bosnia-Serb semasa perang Bosnia 1992-95, didakwa oleh mahkamah jenayah antarabangsa pada 1995 melakukan pembunuhan beramai-ramai lebih 8,000 umat Islam di Srebrenica dan melakukan pengepungan selama 48 bulan ke atas Sarajevo.
Penahanan tersebut sekali gus, membuka ruang kepada Serbia untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).
Seorang rakan keluarga Mladic memberitahu Reuters, bekas jeneral itu telah dibawa ke ibu pejabat agensi perisikan Serbia selepas pegawai Kementerian Dalam Negeri memberitahu polis telah menahan seorang suspek yang disyaki Mladic dan telah mengesahkan identitinya.
Mladic telah ditahan di kampung Lazarevo, berhampiran bandar Zrenjanin kira-kira 100 kilometer dari ibu negara Belgrade awal pagi tadi, menurut pegawai polis. - REUTERS
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments:

Post a Comment