Pages

Tuesday, May 17, 2011

AS serah senarai 'permintaan' kepada Pakistan

Tuntutan berhubung kecurigaan terhadap Islamabad dalam isu perlindungan bagi militan
ISLAMABAD: Senator Amerika Syarikat, Encik John Kerry, telah memberi ketua tentera Pakistan satu senarai 'permintaan tertentu' berhubung kecurigaan Amerika terhadap Pakistan, yang didakwanya melindungi para militan.
Ia disampaikan menjelang satu siri mesyuarat, mulai semalam, yang boleh membentuk perkongsian baru setelah berlaku ketegangan antara dua negara itu selepas serbuan komando khas Amerika ke atas tempat persembunyian Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan, yang membunuh ketua Al-Qaeda itu, kata seorang pegawai Pakistan semalam.Para pegawai Amerika semakin mengenakan tekanan ke atas Pakistan sejak serbuan pada 2 Mei lalu itu, yang dijalankan sebuah pasukan khas Navy Seals tanpa pengetahuan pihak Pakistan.Bagaimanapun, Amerika kelihatan cuba juga mengimbangi kemarahannya kerana sedar akan risiko memutuskan hubungan dengan Pakistan, sebuah negara yang mempunyai senjata nuklear.Kerjasama Pakistan dianggap penting oleh Amerika bagi menamatkan perang di Afghanistan.Senator Kerry, yang juga pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat, adalah utusan Amerika pertama melawat Pakistan sejak serbuan itu.Dikenali sebagai seorang 'rakan' kepada Pakistan, apa yang diperolehi beliau daripada para pemimpin tentera dan sivil negara itu akan menjadi kunci kepada dasar luar Amerika pada masa depan.Encik Kerry tiba di Pakistan lewat kelmarin dan bergegas menemui ketua tentera, Jeneral Ashfaq Parvez Kayani, sambil menyerahkan kepada beliau senarai permintaan Amerika itu, menurut seorang pegawai Pakistan yang bercakap atas syarat namanya tidak didedahkan dan enggan memberi butir-butir lanjut kerana isu tersebut amat sensitif.Amerika telah lama memberi tekanan terhadap Pakistan agar mengambil tindakan ke atas beberapa puak Taleban Afghanistan yang kuat yang sedang bersembunyi di Pakistan.Ketua kumpulan itu, Mullah Omar, dipercayai berada di Baluchistan, sebuah wilayah di barat laut Pakistan. Dakwaan bahawa dia dilindungi Pakistan semakin kukuh sejak kematian Osama.Osama dipercayai tinggal di sebuah rumah agam di Abbottabad, kira-kira 65 kilometer dari Islamabad, sejak bertahun-tahun lama.Para pemimpin sivil dan ketenteraan Pakistan menafikan mereka tahu di mana Osama berada dan menyifatkan serbuan Amerika di Abbottabad sebagai satu pelanggaran kedaulatan negara mereka.Jeneral Kayani memberitahu Encik Kerry askar-askarnya mempunyai 'perasaan amat mendalam' terhadap serbuan itu. -- AP.Cyberita

No comments:

Post a Comment