Pages

Tuesday, May 10, 2011

Anak Kartika ditemui mati lemas


MOHAMAD HATTA menunjukkan tempat dia menjumpai mayat Mohd. Azfar di Sungai Perak, Kampung Jawang, Karai, Sungai Siput semalam.


SUNGAI SIPUT - Harapan bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarnor untuk menemui semula anaknya, Mohd. Azfar Mohamad Afandi yang hilang pada tengah hari Sabtu lalu berakhir dengan berita duka apabila mayatnya ditemui terapung di Sungai Perak awal pagi semalam.
Mayat Mohd. Azfar, 9, ditemui dalam keadaan terapung di tebing Sungai Perak kira-kira-kira satu kilometer dari tempat ia dipercayai terjatuh di Resort Lang Buana milik datuknya, Shukarnor Abdul Mutalib, 62, di Kampung Jawang, Karai dekat sini.
Menurut Kartika, 34, mayat Mohd. Azfar yang merupakan golongan kelainan upaya (OKU) kerana menghidap sindrom cerebral palsy, ditemui abang sulungnya, Mohamad Hatta, 37.
"Menggigil badan saya terdengar panggilan telefon abang menerusi telefon bimbit ayah yang memberitahu mayat anak sulung saya sudah ditemui.
"Menurut abang saya, mayat Mohd. Azfar ditemui dengan bahagian atas tubuhnya hingga ke paras dada terapung di permukaan sungai sementara bahagian bawahnya terbenam akibat tersangkut pada tunggul kayu," katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat Hospital Sungai Siput di sini semalam.

No comments:

Post a Comment