Pages

Saturday, May 14, 2011

80 maut serangan di Pakistan





Foto

PARAMEDIK dan sukarelawan membantu mangsa serangan bom di Shabqadar, semalam.

Foto
ASKAR mengumpul barang milik anggotanya yang maut dalam letupan, semalam.




SEORANG lelaki yang cedera dipindahkan ke hospital di Peshawar, Pakistan susulan serangan pengebom nekad di pusat latihan separa tentera, barat laut Pakistan. Ia adalah serangan terburuk di negara itu sejak Amerika Syarikat (AS) melakukan serangan dan membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden. - Foto AP,bharian



Taliban mengaku balas dendam pembunuhan Osama bin Laden

SHABQADAR: Kumpulan Taliban Pakistan semalam mengaku melakukan serangan menyebabkan kematian besar sebagai membalas dendam kematian pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, apabila 80 orang terkorban dalam dua pengeboman di sebuah akademi polis separa tentera.
“Ini adalah tindakan balas dendam pertama untuk Osama yang mati syahid. Tunggu serangan lebih besar di Pakistan dan Afghanistan,” kata jurucakap Taliban Pakistan, Ehsanullah Ehsan menerusi telefon dari lokasi rahsia.
Di bawah pimpinan Hakimullah Mehsud yang menggantikan Baitullah Mehsud yang maut dalam serangan peluru berpandu Amerika pada 2009, semakin ramai beranggapan Taliban Pakistan melancarkan serangan selepas mendapat inspirasi daripada pemimpin al-Qaeda itu.

Seramai 140 orang lagi cedera, 40 daripadanya parah dalam serangan terburuk tahun ini di negara bersenjata nuklear di mana kerajaan berdepan krisis mendalam berhubung pembunuhan Osama oleh komando Amerika Syarikat, 2 Mei lalu.

Serangan berlaku di barat laut Pakistan ketika kadet separa tentera baru dilatih itu, berpakaian preman sedang menunggu bas untuk bercuti 10 hari.

Penyerang meletupkan bom di luar pusat latihan terbesar Pengawal Sempadan di barat laut, tempat Taliban dan al-Qaeda menyerang pasukan keselamatan.
Bandar itu berhampiran Mohmand, yang berada dalam lingkaran puak tanpa undang-undang digelar Washington sebagai ibu pejabat al-Qaeda selain lokasi serangan mengejut peluru berpandu CIA ke atas Taliban dan komander militan Islam lain.

Ahmad Ali, anggota polis separa tentera yang cedera, mengingati saat ngeri apabila letupan menukar suasana keraian pagi semalam kepada pertumpahan darah.

“Saya sedang duduk dalam sebuah van menunggu rakan. Kami berpakaian preman dan gembira kerana bakal pulang berjumpa keluarga,” katanya menerusi telefon dari hospital di sini.

“Saya dengar seseorang menjerit ‘Allah Akbar’ dan kemudian mendengar letupan kuat. Saya kena sesuatu di belakang bahu. Pada masa sama, saya mendengar satu lagi letupan dan melompat keluar dari van. Saya cedera dan luka.”

Menteri Kanan Wilayah Khyber Paktunkhwa, Bashir Ahmed Bilour, berkata daripada yang maut, 69 adalah anggota kadet dan 11 orang awam, serangan terburuk di Pakistan sejak 9 Julai 2010 apabila pengebom membunuh 105 orang di Mohmand.

Doktor di hospital utama Peshawar, Lady Reading berkata mereka bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa lebih 40 yang cedera parah dan mengisytiharkan perintah kecemasan bagi menguruskan angka kematian besar.

“Dua kejadian adalah serangan bunuh diri. Pengebom pertama menaiki motosikal sebelum meletupkan bom,” kata Ketua Polis daerah Charsadda, Nisar Khan Marwat. – AFP, bharian 

No comments:

Post a Comment