Pages

Saturday, May 21, 2011

34 ditembak mati tunjuk perasaan memuncak di Syria


DAMSYIK: Pasukan keselamatan Syria dilaporkan menembak mati sekurang-kurangnya 34 orang awam semalam, termasuk kanak-kanak dalam tunjuk perasaan yang semakin merebak di negara itu. 


Aktivis prodemokrasi berkata, kanak-kanak adalah antara 12 orang terbunuh di Bandar Homs manakala 15 orang lagi maut di Maaret al-Naaman di selatan Bandar Idlib.
Mereka berkata, pasukan keselamatan juga membunuh dua orang di Daraa yang menjadi pusat demonstrasi yang melanda Syria sejak 15 Mac lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment