Pages

Monday, May 30, 2011

2 tentera Jerman maut di Afghanistan

KUNDUZ: Seorang pegawai kanan polis Afghanistan, Jeneral Mohammed Daoud Daoud dan dua askar Jerman adalah antara enam orang yang terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah pejabat gabenor wilayah.
Sekumpulan lelaki melancarkan serangan di Taloqan, wilayah Takhar, tidak lama selepas satu mesyuarat mengenai keselamatan berakhir.

Kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Pemerintah tentera Nato bagi wilayah utara Afghanistan, Jeneral Markis Kneip dari Jerman, terselamat dengan hanya mengalami luka ringan. - AP
myMetro | 2 tentera Jerman maut di Afghanistan

No comments:

Post a Comment