Pages

Thursday, April 28, 2011

Thailand tarik balik rundingan




ASKAR Kemboja bersiap sedia melancarkan bom mortar berhampiran sempadan Kemboja-Thailand selepas Bangkok menarik balik rancangan rundingan gencatan senjata semalam.
ASKAR Kemboja bersiap sedia melancarkan bom mortar berhampiran sempadan Kemboja-Thailand selepas Bangkok menarik balik rancangan rundingan gencatan senjata semalam.


Bangkok nafi tewas, marah media Kemboja 


PHANOM DONG RAK: Thailand dilaporkan menarik balik rancangan rundingan gencatan senjata dengan Kemboja semalam dalam usaha menamatkan pertempuran yang menyebabkan sekurang-kurangnya 14 terbunuh termasuk seorang penduduk awam.
Harapan bagi satu gencatan senjata dirasakan positif apabila kedua negara mengumumkan sehari sebelumnya bahawa menteri pertahanan masing-masing akan bertemu untuk berbincang bagi menamatkan pertempuran berikutan pertikaian sempadan sejak beberapa dekad.
Bagaimanapun, Thailand semalam berkata bahawa Menteri Pertahanannya, Prawit Wongsuwan tidak akan sama sekali ke Kemboja untuk berbincang dengan rakan sejawatnya, Tea Banh. 


“Kami memutuskan malam tadi untuk membatalkan lawatan Jeneral Prawit ke Phnom Penh hari ini selepas beberapa media Kemboja melaporkan Thailand bersetuju mengadakan rundingan gencatan senjata selepas mengakui mereka kalah dan tewas,” kata jurucakap tentera, Kolonel Sunsern Kaewkumnerd. 


Kedua negara saling membuat tuduhan berkenaan yang menjejaskan hubungan diplomatik. 


“Thailand tidak jujur mahu mencapai satu gencatan senjata kekal,” kata jurucakap Kemboja, Phay Siphan di Phnom Penh. 
Lapan tentera Kemboja dan lima tentera Thailand dilaporkan mati dalam pertempuran senjata selama lima hari di sepanjang sempadan mereka, memaksa tekanan diplomatik terhadap kedua-dua negara jiran itu untuk menamatkan konflik. 


Sunsern berkata seorang penduduk awam Thailand turut terbunuh, mangsa pertama dalam pertumpahan darah terkini. 


Kedua pihak saling menuduh memulakan pertempuran terlebih dulu. 


“Kami menyambut baik rundingan dengan syarat mereka berhenti menembak terlebih dulu selama beberapa hari. Kami jelas memaklumkan kepada Kemboja mengenai syarat berkenaan,” kata Sunsern. 


Selasa lalu, pertempuran merebak di sepanjang sempadan berhampiran kuil berusia 900 tahun, Preah Vihear yang menjadi tumpuan sehingga menjejaskan hubungan kedua-dua negara jiran sejak ia mendapat status Tapak Warisan Dunia PBB pada 2008. – AFP , bharian

No comments:

Post a Comment